14
Empat Minggu Yang Penat
Filed Under (EkspresiDiriku) by andakstudio on 14-06-2009
Salam, Hola…
Dah lama aku tak berceloteh dalam blog ni. La ni barula dapat ruang sedikit cuma untuk menitip perjalanan empat minggu yang agak memenatkan tapi seronok. Walaupun aku tak memegang kerja² yang dikhaskan tp tugas² secara spontan dan last minute kena diusahakan dengan jayanya. Dari tanggal 4hb Jun hinggalah ke 16 Jun akan datang. Empat event kesemuanya. Alhamdulillah, bukan mudah nak dapat job² direct cenggini. Mungkin setahun sekali.
Aku baru je balik dari handle Forum Perdana untuk bulan keempat kat Masjid Shah Alam. Habis jam 11.30 mlm td. Mcm minggu² sebelum ni kehadiran jemaah sangatlah ramainya. Antara Panelnya :: Dato Hassan Mahmud n Dr. Rubiah dari Al Kuliyyah serta pengerusi yang sama untuk bulan² sebelum dan bulan² yg akan datang; YB Dato’ Dr. Hassan Ali. Bulan ni berkisarkan ttg akhlak. Sesapa nak videonya kena la pi Forum perdana bulan depan; 11 Julai 09. Sangat bagus dan penuh berilmiah.
Sambung balik cerita empat minggu yang penat. 4hb hari tu NC (Nasyeed.com) kena handle satu acara pentas di Stadium Malawati dan bukak booth selama tiga hari sempena Muktamar PAS ke 55. Aku lepak situ sehari je. Tu pun hari Jumaat. Tp proses kerjanya yang agak kelam kelabut. Printing yang last minute cam biasa. letih seh… Sabtu tu aku tak pi sana dah. Tp kena pi Johor teman Bro Zaidie Wildan ikut rombongan kawin adik ipar dia. Kesian dia penat wat show malam sabtu tu. Konsert Wacana Muzikal di Muktamar PAS.
Kg. Niyor, Kluang, Johor menyambut kedatangan aku kesana. Jauh masuk kedalam dari pekan kluang. Bila aku tanya member dia pun tak tau lokasi Kg. Niyor tu. Mende la ko ni dak Kluang pun tak tau… Lepas akad nikah, aku n Bro Zaidie ke BP. Alang² sampai Kluang baik aku ke Batu Pahat sekali, jumpa adik aku kat sana. Lebih kurang sejam setengah la kalo merempit ke sana. Kalo jalan kaki minggu depan baru sampai gamaknya.
Balik ke Klang malam Isnin. Pastu esoknya pulak nak kena buat preparation Perkampungan Bintang Nasyid Mu’min (BNM)
10hb Jun – 12hb Jun 09
BNM kali ni buat di hutan simpan Bukit Cahaya Sri Alam kat bukit Cherakah seksyen 8 Shah Alam. Hari Rabu adalah hari pertama pendaftaran. Malam sebelumnya yakni hari selasa malam rabu kitorang dak² opis buat barbeque kat dalam hutan tu. Sedap seh abg Nan Katering masak. Sampai esoknya masih terbayang bendalah barbeque tersebut…
Berbalik pada pendaftaran tadi. Sebanyak 11 kumpulan mendaftarkan diri mereka sendiri selepas dua kumpulan lain tarik diri. Rugi la deme tarik diri… Banyak aktiviti dan kelas² dibuat untuk memantapkan adik² kecil ni bernasyid.
Selama tiga hari sekali je aku tido chalet sblm² ni je tido opis. Bukan malas tp ade benda yg nak kena buat.
Perkampungan selama tiga hari agak memenatkan. Dalam masa yang sama, sesambil shot gambo sesambil tu la aku kena siapkan Header Stage utk FESSTIS. Selamat ade Lah Abbas bantu aku cover shot gambo event tu. mekasih… Thank jugak pada Zameela (Dak praktikal Marketing) yang aku panggil Milah je .. hehe, Cupi ataupun nama timangannya Juwieyta.. haks
dan tak lupa gak pada Syiera yang banyak bantu aku siapkan bendalah tu. Menjadik jugak hasilnya… tu pun lepas dua hari bekerja menghasilkannya
Mekasih semua. Lepas semuanya settle aku kena gerak ke PKNS untuk acara pasang – memasang. Abg Budiman selaku tukang kayu yang hebat membantu aku pasang Header Stage. Memula dia mmg tak konfiden nak pasang sbb tak tau camner nak lekatkan Polisterin pada papan. Sama ada pakai gam ataupun skru dari depan. Aku buat decision supaya diskrukan, tp risau gak takut patah polisterin tu. Tapi semuanya berjaya dihasilkan. Alhamdulillah. Sesambil tu aku kena pasang backdrop sebesar hampir 20 kaki lebo x 9 kaki tinggi.

Hasilnya diatas stage itu
Untuk BNM pada hari jumaat aku kena pasang backdrop khas BNM pada tempat yang sama. Aku kena lekat atas backdrop Fesstis. Ni pun salah satu keje last minute yang nak kena settlekan secepat mungkin hanya beberapa minit je. Dengan bantuan Lah Abbas, berjaya gak dapat disettlekan. Perkampungan BNM berakhir pada petang jumaat yang menyaksikan kumpulan dari Pahang mengungguli tempat pertama yang juga juara keseluruhan dan juara persembahan terbaik. hebat deme. Dah boleh buat Album.
Fesstis berlansung selepas berakhirnya BNM, tp aku masih penat bersulam letih. Siang tadi ada perasmian oleh MB selangor menggunakan robot yang bernama robic. Suara robot kitorang rakam kat NEP; Studio NC. Sementelah aku menulis ni , Fesstis belum habis lagi sbb esok masih ade. Lepas tu sambung pulak dengan 60 tahun jabatan perangkaan.
Apepun seronok gak kekadang keje sampai penat ni.. hehe dah nak wat camner laluan rezeki kita cenggitu. K lah esok masih ade keje yang nak disettlekan. mata dah ngantuk… kepala rasa cam nak tersembam pada keyboard.


