Setitis keringat

Filed Under (EkspresiDiriku) by andakstudio on 27-07-2009

Salam.. lama dah tak bercerita perihal kerja² aku kat opis. Minggu lepas nak kata bz tu boleh la.. ade la beberapa benda yang nak kena settlekan macam story board video klip raya.. Nampak cam senang tp rumit gak la.. orang yang takde pengalaman cam aku ni susah gak nak mulakan kerja2 camtu. takpe, Insya Allah dengan bantuan kengkawan opis, boleh direalisasikan bersama. Video klip raya ni bertajuk Seri Aidilfitri ni merupakan klip video pertama keluaran NC.  Para pelakonnya mestilah artis² yang terlibat dngan rakaman.. ;) antaranye Rabbani, Mestica, Wildan, Bro Mu’adz, Sofieya, Itqan dan Algebra. Pelakon tambahan pulak dak² Nasyeed.com je.. mudah sikit.. Nantikan bersama ya.. ;)

Selain tu pulak.. aku kena wat design cover Forum Perdana yang berlansung setiap awal bulan kat Masjid Shah Alam.. Alhamdulillah dengar ceramah gak aku ye.. hehehe setakat ni baru dua design aku persembahkan.. cuma sekarang ni tunggu gambar² dari jurugambo masjid. Pattern sume sama je.. lepas siap nanti boleh la korang beli.. ;) hehe

Sabtu lepas aku kena lak pi join majlis Hi-Tea bersama media anjuran JIM. Maleh nak pi sebenonyer.. tp dah takde org yang nak shoot, pi je la… segan aku, yang dok keliling satu meja orang² beso gak.. ada pangkat IR la.. Tuan Haji la.. uish beso sangat bagi aku.. borak² la jugak.. tp bila Bro Sya’arie datang dok lepak sebelah kurang sikit segan aku tu.. dengor je la depa borak².. tugas aku merecordkan gambar² event pastu buat berita.. senang je sebenonya.. tp leceh..

Hari ahadnya pulak, yakni semalam.. kitorang satu opis turun utk handle event kawin Dato’ Seri Ismail sefamily.. anak ketiga dia kawin. Yang berat sikit bila majlis ni agak protokol dengan kehadiran Raja Muda Perak dan isteri baginda. majlis berlansung dengan baik cuma dari segi persembahan multimedia kelolaan Lah Abbas agak tertekan, kadang² lambat keluar kat screen. Dah la Raja Muda tengok.. tensen gak ar.. aku pun dah lalu pengalaman cenggitu.. ileks … ehhehe. Satu benda je yang betul² buat stress.. bila time nak tayang lirik lagu. Boleh pulak ajak borak² tanya tu tanya ni.. ape lagi lirik lari la kat screen. mana boleh nak dgr orang bebel, pastu nak fokus kat screen.. huhu. Kompen la tak sempurna persembahan lirik tu. Apepun semuanya nampak cam sempurna.. Alhamdulillah..

Photobucket

Raja Muda Perak dan Isteri bersama keluarga pengantin dan beberapa menteri turut hadir

Photobucket

Sesi taklimat oleh bos beso yang sememangnya beso.. hehe

Photobucket

Sebelum wat keje kena la bergambo sakan dulu.. hehe

Photobucket

Amenda la Tok Jeng buat tu.. huhu

Photobucket

Aku ngan Ajie Wildan selaku sound engineer yang hebat.. hehe

Photobucket

Bersama Kak Mass aka model Majalah NUR… wow

Photobucket

Ni la Cupi yang sangat suka menyanyi masa keje.. :P

Disebabkan semalam ade event dan kena keje hari ahad, aku cuti hari ni sepatutnya.. tp datang gak opis..  nak settlekan berita yang tertangguh.. eh jap Lah Abbas ajak main PES lak.. k cau… hehe

* alamak kalah ngan Lah Abbas (4 – 2) n Abg Kerol (2-1).. ceh.. takpe hero kalah dulu.. hehe , second round.. hahaha gua dapat kalahkan diorang pulak.. Lah Abbas (6-1) n Abg Kerol (4-1).. dendam terbalas jua.. haha

Post a comment



Your Ad Here