Menanti Perang Berakhir

Filed Under (EkspresiDiriku) by andakstudio on 28-07-2009

Photobucket

Aku mula minat teater sejak dipersembahkan cerita Anna and The King kepada batch aku oleh senpai² dari fakulti business. Walaupun aku tau jalan ceritanya dalam tayangan wayang gambar tapi bila diteaterkan, feelingnya sangat lain. Aku lebih gemar teater dimainkan. Sangat indah… ;) Inilah teater pertama aku saksikan…

Aku suka gak berlakon ni, teringat kem motivasi masa sekolah dulu. Lakonan sebagai seorang anak yang memaksa ayah dan ibunya mengahwinkan dia dengan pelbagai versi dan mood emosi yang berulang² dengan skrip dan aksi yang sama. Nampak mudah tapi nak create emosi agak payah. Paling real bila aksi jatuh pengsan. Ktang! giler kuat bunyi. semua dak risau. Hehe… Terantuk lak kepala aku atas simen. fufufu tak sakit pun… :D

Menanti Perang Berakhir menggamit aku ke Auditorium Muzium Negeri Selangor. Ini teater kedua buat tontonan aku.

Sinopsisnya bagi aku biasa je, cumanya aku lebih tertarik dengan cerita sejarah melayu berkisarkan Seorang Melayu yang menentang penjajahan Inggeris. Beliaulah Awang Leh yang bersahabat baik juga pengikut dan sezaman dengan Tok Janggut. Kisah Awang Leh mmg tak pernah aku dengar, dari teater ni aku mengagumi kisah hidupnya.

Dari penceritaan itu, Awang Leh ke Turki untuk menyampaikan surat Tok Janggut kepada pemerintah Islam pada masa itu untuk mendapatkan bantuan bagi menentang penjajahan Inggeris. Awang Leh kemudian menjadi komander Divisyen Hanzar di bawah panji kerajaan Uthmaniah menentang pihak bersekutu di Balkan dalam Perang Dunia Ke-2. Beliau dipercayai disemadikan di Sarajevo. Moga allayarham disemadikan bersama orang² yang soleh dan terpilih. Amiinn…

Persembahan teater ini menampilkan barisan pelakon seperti Emma Akma sebagai Sarah, Zuraini Kassim (Akmal), Rosli Rahman Adam (Jani), Milyana Arshad (Lydia), Hairi Rosli (Tahir), Mior Sharul (Yusof) selain penampilan istimewa Yunus Mansor, Nazri Ahmad, M Ashib Daud dan Halim Zainal.  Naskhah Menanti Perang Berakhir adalah adaptasi daripada Kamarul AR berdasarkan skrip pemenang hadiah pertama Peraduan Menulis Skrip Drama TV anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) karya Muhaimin Sulam.

Untuk lebih fahamkan korang ni adalah sinopsisnya, teater ni mengisahkan Akmal, seorang diplomat di Kedutaan Malaysia di Sarajevo, Bosnia-Herzegovina sedang membuat kajian mengenai Awang Leh.

Dalam pengajiannya, Akmal bertemu dengan Sarah dan Lydia. Selain menyentuh tentang cinta yang berputih dan cinta yang tidak berbalas, kisah ini juga memperjuangkan nasib rakyat Palestin dan mengutuk kekejaman Israel.

Photobucket

Uii Syiera.. hang tido ka? :D

PhotobucketPhotobucket

Bersama Kak Mass                                   Menanti Perang Berakhir

Photobucket

Antara babak antara Akmal dan Sarah

Photobucket

Awang Leh

YouTube Preview Image

Awang Leh muncul dalam mimpi Lydia

Photobucket

Persembahan di akhir teater oleh Dato Jalaluddin Hassan

Photobucket

Bergambo bersama Tok Jalal

Tapi dalam keseronokkan menghayati teater ni kan… Ade pulak ‘tiang’ yang mengganggu penglihatan aku. Bayangkan kalau korang tgh tgk wayang, bayar tiket mahal² ada orang diri depan ko dengan selamba badak je… Tau la ko tgh record video duduk je la… ceh.. mengganggu konsentrasi aku je.. huhu

Aku harap lepas ni akan ade persembahan teater lain di lokasi yang sama, mudah skit aku nak gerak.. Istana Budaya jauh sangat la.. lain la kalo korang blanje aku pi.. hehehe

Comments:

Total 4 Comments posted Menanti Perang Berakhir

Post a comment



Your Ad Here