Seri Aidilfitri

Filed Under (EkspresiDiriku) by andakstudio on 09-08-2009

Penat kelmarin masih belum hilang ditambah pulak penat semalam mengendalikan Konsert Malam Amar anjuran Tourism Kerajaan Negeri Selangor. Konsert semalam berjalan agak lancar dengan persembahan mantap dari artis² yang terlibat.. nak tau artis²nya tgk la poster kat tajuk bawah ni… :D

Actully bukan konsert ni yang nak aku ketengahkan, tapi kepenatan kelmarin yang cukup memberikan kepuasan kepada aku dan Gang² NC.

Seri Aidilfitri merupakan salah satu lagu yang diambil dari album Seri Aidilfitri terbitan Nasyeed Edutainment Publishing Sdn Bhd (NEP). Lagu ni baru je siap beberapa hari yang lepas melibatkan ramai artis termasuk Rabbani. Antara yang lain adalah Mu’adz, Mestica, Wildan, Itqan, Algebra, Amrain dan Sofieya.

Selepas berhempas pulas menyiapkan storyboard, akhirnya video klip Seri Aidilfitri ni dapat direalisasikan dengan jayanya. Teratak pusaka keluarga aku sendiri dipilih sebagai lokasi pengambaran. Setiap sudut rumah hasil pertukangan arwah ayah digunakan dengan sebaiknya. Mmg payah nak carik barang utk shooting, Barang FINAS mmg la murah sewanya tp kalo dah rosak mmg tak bleh nak dikata… Mintak tolong sama Fizi bekas dak STENO DV. Alhamdulillah berkat pertolongan dia, Bad dan Mr Robert (tuan punya barang) semuanya berjalan lancar. Mr Robert bagi pakai track, arm n dolly panther, Pak Adam n Azizi selaku Cameraman banyak memberikan kerjasama yang baik. Kiranya projek sulung Nasyeed.Com ni memberikan peluang baru untuk aku terus meneroka dunia pengambaran video klip ni. Walaupun penat tp memberikan satu kepuasan. Dari segi props, aku kena contact ramai orang bantu aku carikan beberapa benda cam lemang, pucuk kelapa utk buat ketupat, kawah dodol, pelita dan bermacam lagi la.

Persiapan bermula sejak Selasa lalu, Aku, Cupi dan Zam mula cari barang utk memasak dibantu Ibu. Memula pi Tesco… pergh buntu plak nak carik barang² tu. Last² aku ambil keputusan balik rumah bawak ibu sekali carik barang. Kang tak pasal² salah beli.. mmg  la aku selalu pi pasar.. hehe… tp kalo salah beli kang payah lak nak tukar². Balik Sungai Udang, apa aku nak semua ade… So senang, terus hantar barang dapur ke rumah.

Rabu, 5hb

Malam tu Cupi, Zam dan Nurul datang rumah tolong ibu siang udang, potong memotong dll. Part aku lak potong rumput dan kemas kawasan luar rumah, bukan ape nanti kang org datang tgk bersepah je rumah… hari rabu aku balik awal sbbnya nak ambil barang kat opis Udaa. Ambil pelita n radio old school kat rumah Along.

Khamis, 6hb

Lepas maghrib nanti shooting akan mula.. aku masih terkial² kat rumah utk siapkan beberapa props yang tak settle. Ibu, Udaa, Toha terus membuat persiapan utk malam tu. Dak² lain masih kat opis utk meeting projek Konsert Malam Amar. Pagi tu Bali datang diskuss pasal storyboard. Ade la beberapa perubahan yang perlu dibuat. Dalam tengahari cenggitu, Zam dan Cupi sampai utk bantu ibu. Kesian aku tgk diorang, muka letih n tak bermaya dah… Zam lak tak berapa sihat tp dia kuatkan semangat utk bantu aku siapkan projek ni. Dalam pkl 6, K On dan Bro Norman sampai utk pasang P.A system tp batang idung ajie tak nampak². Tak pe lah mungkin dia ade hal lain.. tp dalam 6.30 dia sampai. Lampu raya, tmpt memasak lemang n dodol diorang tolong set upkan. Track, Dolly , arm kitorang set up sebelum pukul 7. Kalau lewat kang susah pulak.

Rabbani artis pertama sampai, komitmen yang diorang bagi mmg sangat bagus. Time rabbani makan, kitorang start shot beberapa scene yang diperlukan. Bro Kerol selaku pengarah dibantu oleh Aku dan Bali dari awal sampai scene terakhir. Disebabkan tak de org yang boleh tolak Dolly, aku amik part tu.. mmg letih giler ar.. its ok for me, carik pengalaman.. Satu² scene kitorang settlekan bermula part rabbani dan artis² seterusnya. Setiap satu scene kitorang ambil beberapa take. Kadang² lebih dari 5 take. Bila tengok monitar ade je yang tak kena.. dari segi angle, kedudukan artis dan mimik muka n bermacam lagi. Tgh sibuk² buat keje, aku tak perasan lak makin ramai orang datang ke rumah. Belum kira artis n krew terlibat. Raja Mazian pun ade… jiran² datang menjenguk n ntah sesapa lagi la. aku tak berapa kenai..  Start dari jam 8.00 dan abis hampir pukul satu. Kira ok la kan.. baru 1st time kitorang buat dapat habis secepat tu. Yang tak best bila aku kena hantar barang² Mr Robert sebelum pkl 7.00 pg dkt Bukit Bintang. Letih tu…

Time post mortem, ibu memberikan respon yang sangat baik.

” Ni kiranya hadiah hari jadi ibu la… seronok tengok ramai orang datang rumah “

Tahniah buat team NCCV tapi tanpa bantuan dan sokongan NEP dan NESB semua ni takkan jadi… ;)

Photobucket

Ibu selaku mandur.. :) . Zam, Cupi, Udaa n Makcik Maskiah banyak membantu

Photobucket

Aku mmg tak bleh nak wat cenggini… Sesi memetik pucuk daun kelapa

Photobucket
K On n Ajie sempat belajar cara menganyam

Photobucket

Hebat gak Ajie hasilkan ketupat sate

Photobucket

Sempat bergambo

Photobucket

Photobucket

Rabbani dalam scene masak dodol

Photobucket

Antara babak yang aku arahkan

Photobucket

babak pagi raya kitorang buat waktu malam. Heh

Terima kasih aku nak ucapkan banyak² pada warga NC terutamanya Bro Kerol, Bali, Cupi dan Zam kerana banyak membantu aku menyiapkan projek ni (editing belum mula lagi la.. :D ). Ni nak kena sebut gak, kang memasing muncung kedepan je… Kak Mass, Nurul, Syiera, Lah Abbas, Bro Rahman, Bro Waie, Bro Sya’arie, Bro Ubai, Bro Dakmie, Bro Razin, Ajie, K On, Bro Norman dan Ada. Thank juga pada Fizi, Bad, Mr Robert, Pak Adam , Azizi. Tak lupa pada Ibu, Udaa, Along, Abg Long, Angah, Javad dan anak² saudara andak yang banyak membantu. Thanks gak pada dak IIC sbb tolong bantu kat dapur.. Sabrina sorang je aku kenai.. sori.. hehe .. Hmm lepas ni, aku nak edit cepat² sbb tak sabo nak hantor ke semua TV.. Insya Allah.. harap² berjayalah hendaknya… Amiinn . Jangan lupa nantikan video klip tu… ;)

Rasa macam nak buat filem pulak lepas ni.. hehe

Comments:

Total 3 Comments posted Seri Aidilfitri

Post a comment



Your Ad Here