Filed Under (EkspresiDiriku) by andakstudio on 16-09-2009

Semakin rapat kita ke bulan syawal semakin kita mengakhiri bulan ramadhan… Moga segala amalan korang dibulan puasa ni diberkati oleh Allah S.W.T
Dengan ini aku nak ucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua teman-teman yang tak putus² melawat blog aku yang tak seberapa ni.. moga korang berbahagia dan bergembira dihari raya… yang mana balik kampung tu berhati² memandu n ingat orang yang tersayang… jumpa lagi lepas raya ni..
Malam raya kena keja… huhu
Filed Under (EkspresiDiriku) by andakstudio on 13-09-2009
Aku bawakkan jugak satu lagu yang memberansangkan jiwa kita… dengan liriknya sekali
Read the rest of this entry »
Filed Under (EkspresiDiriku) by andakstudio on 13-09-2009
Best jugak kalo sekali sekala layan lagu nasheed artis luar negara ni… Aku ingat nak buat video klip style camni ar utk Algebra.. ok tak .. hehe
Akan datang akan muncul beberapa lagi video klip terbitan Nasyeed Edutainment Publishing Sdn Bhd dengan bahagian produksinya dikendalikan sepenuhnya oleh NC Creative Ville… Insya Allah.. dengan bantuan dan sokongan Nasyeed.com..
Apepon korang layan dulu video klip Native Deen ni yang bertajuk Small Deeds.

Filed Under (EkspresiDiriku) by andakstudio on 10-09-2009
Alhamdulillah… sekian lama bertungkus lumus mempersiapkan video klip raya ni akhirnya sempurna jua… juga cover albumnya adalah sepenuhnya sentuhan ku dengan sedikit tacapan dari bali. Thanks bro, tak sempat nak siapkan cover tu sbb sibuk dengan editing video ni.. hehe
Sedikit info berkaitan album seri aidilfitri ni yang PATUT KORANG BELI aku rembat dari blog Tok Jeng.. hehe Jangan Marah naa…
Kata TOK JENG “Album Seri Aidilfitri terbitan Nasyeed Edutainment Publishing Sdn Bhd yang terkenal dengan jenama Nasyeed.Com kini telahpun mula berada di pasaran terutamanya sekitar lembah kelang. Album kompilasi ini menggabungkan pelbagai artis nasyid di Malaysia antaranya Rabbani, Mestica, Wildan, Muadz, Algebra, Itqan, Sofieya, Amrain dan ramai lagi. Album ini mengandungi 8 track termasuk 2 minus one untuk lagu Mubarak Ramadhan dan Seri Aidilfitri. Lagu lain yang turut dimuatkan ialah Bacalah, Fitrah Hari Raya, Indahnya di Hari Raya dan Takbir Hari Raya. Lagu yang dijangka hits tentunya Seri Aidilfitri di mana lagu ini merupakan lagu raya terakhir yang dirakamkan oleh Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim. Malah pengambaran videoklip lagu tersebut juga dibuat tepat seminggu sebelum beliau pulang mengadap ilahi. ” Read the rest of this entry »
Filed Under (EkspresiDiriku) by andakstudio on 04-09-2009
Pensyarah Universiti dan guru di dalam keretapi,
Pensyarah: Saya bagi satu soalan kalau awak tk dpt jawab awak bagi saya RM5 dan awak tanya saya satu soalan kalau saya tk dpt jawab saya bagi awak RM5
Si guru terfikir seketika..tetapi apabila memikirkan dia adalah pensyarah universiti mestilah lebih bijak daripadanya. Dengan sopan die menolak pelawaan si pensyarah. Si pensyarah agak geram dan kecewa dan cuba untuk kali terakhir.. Read the rest of this entry »