10
Video Klip Seri Aidilfitri
Filed Under (EkspresiDiriku) by andakstudio on 10-09-2009
Alhamdulillah… sekian lama bertungkus lumus mempersiapkan video klip raya ni akhirnya sempurna jua… juga cover albumnya adalah sepenuhnya sentuhan ku dengan sedikit tacapan dari bali. Thanks bro, tak sempat nak siapkan cover tu sbb sibuk dengan editing video ni.. hehe
Sedikit info berkaitan album seri aidilfitri ni yang PATUT KORANG BELI aku rembat dari blog Tok Jeng.. hehe Jangan Marah naa…
Kata TOK JENG “Album Seri Aidilfitri terbitan Nasyeed Edutainment Publishing Sdn Bhd yang terkenal dengan jenama Nasyeed.Com kini telahpun mula berada di pasaran terutamanya sekitar lembah kelang. Album kompilasi ini menggabungkan pelbagai artis nasyid di Malaysia antaranya Rabbani, Mestica, Wildan, Muadz, Algebra, Itqan, Sofieya, Amrain dan ramai lagi. Album ini mengandungi 8 track termasuk 2 minus one untuk lagu Mubarak Ramadhan dan Seri Aidilfitri. Lagu lain yang turut dimuatkan ialah Bacalah, Fitrah Hari Raya, Indahnya di Hari Raya dan Takbir Hari Raya. Lagu yang dijangka hits tentunya Seri Aidilfitri di mana lagu ini merupakan lagu raya terakhir yang dirakamkan oleh Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim. Malah pengambaran videoklip lagu tersebut juga dibuat tepat seminggu sebelum beliau pulang mengadap ilahi. “
Kulit Album Seri Aidilfitri
Belakang Kulit Album
Bagi yang tak jumpa album ni kat mana² kedai, korang boleh menjenguk di laman web kedai nasyeed.com atau klik je kat sini http://kedai.nasyeed.com baca arahan, klik dan membeli dengan selamba dengan harga berpatutan..
Selamat membeli dan mendengar lagu² menarik dendangan artis² nasyid kita… Tak lupa juga buat korang yang sudi menunggu kemunculan klip video ni.. layankan…




