20
OpenHouseKAMI
Filed Under (EkspresiDiriku) by andakstudio on 20-10-2009
Salam,
Hari ni masuk 1 Dzulkaedah 1430 H .. baru la merasa nak berceloteh tentang raya aku tahun ni…
Sabtu lepas (17oktober09 / 27 Syawal 1430 H), seluruh warga Nasyeed.com bersatu menjayakan aktiviti tahunan yang dilaksanakan setiap penghujung syawal. Tak semua kami jemput cuma client, kawan² n family je… tapi cukup meriah walaupun tak semeriah tahun² lepas. Apepon sepanjang bulan syawal memberikan pelbagai kenangan kepada aku…
Raya pertama dengan rela hati buat pertama kalinya bekerja seusai solat sunat raya. Aku, Bali, Abg Waie n Kak Dalina bertungkus lumus mengemas cable2, projektor segala… yolah kelam kabut nak balik rumah… hehe . Acara tahunan lepas solat raya kat rumah aku ni yang tak pernah miss mestilah bersalaman dan bermaafan sesama family cam orang lain gak. Tahun ni kiranya ade la rezeki lebih sikit buat anak menakan dan ibunda tercinta.
Seingat aku raya pertama ni aku tak kemana pun.. dok rumah je.. raya kedua baru la dok sibuk2 balik kampung.. Tido KKB pastu terus ke Sungai Rokam sesambil menyinggah ke rumah sedara mara. Tapi yang bestnya, semua dok berkonvoi 6-7 bijik keta. Satu lagi dapat bergambo sakan .. hehe . Jugak tak ketinggalan bergambo dgn gang sebaya yang tak penah kitorang shoot sesama sejak lahir..
iNilah dia gambonyer..
Raya keempat adalah kisah titik permulaan utk aku ke arah Dunia Baru… Dari Sungai Udang ke Keratong 10, Pahang Darul Makmur.. kalau tengok dalam peta macam la dekat sangat.. pergh dekat dua jam lebih jugak ar… kalo naik motor kematu pungkok.. haha. Beserta dengan sebentuk cincin aku ditemani ibu, along, abglong, angah n abgngah meredah highway n jalan kampung ke sana. Kami disambut mesra dengan kehadiran ramai sanak saudara beliau.. ramai seh.. ffuu. Ape-apepon hajatnya nak beraya 2+1
.. lepas borak2 dalam bahasa yang aku sangat familiar tp kurang ngerti.. “aku orak iso ngomong jowo becoz i’m not javanese.. hehe” . Bila orang jawa bertemu jawa tak kira didaerah pelusuk manapun depa akan ngomong itu ini… Abg Ngah je la yg layan borak. Kita cuma ngangguk dan senyum macam paham… haha. Bukan aku tak biasa dengan orang jawa… ramai kawan2 aku jawa apatah lagi ipar2ku… Abg Long jawa sg udang, Abg Ngah jawa banting, Kak Dalina, kakak Ipar aku jawa penang, Asrul, Adik Ipar aku jawa johor.. memang dah semua jawa.. aku pun dapat jawa jugak… jawa keratong.. hehe.. alhamdulillah… Siti Hidayah Tajuddin namanya… malas nak upload sini.. carik la kat FB tu.. hehe moga sampai ke jinjang pelamin hendakNya.. insya Allah.. Amiinn..
Setiap tahun dak² office aku ni buat rumah terbuka.. memasing kena pilih tarikh utk rumah terbuka masing².. aku kena tanggal 08 oktober lalu… siap prepare duit awal² bagi ibu duit beli ayam.. apelagi menu sepanjang tahun la.. nasik ayam berempah… fuhh mmg kegemaran aku sejak azali lagi.. sodap.. cumanya Allahyarham Ustaz Asri tak sempat nak merasa.. Al fatihah buat arwah..
Cukup meriah sbb ramai yang datang siap berkonvoi dari opis.. kengkawan rapat aku pun mai sama.. lepas makan kitorang buat tahlil ringkas buat arwah ayah.. ibu cukup gembira dan aku cukup letih melayan pinggan mangkuk… hee biasa arr dah rumah terbuka kan..
Apepon sangat best.. thank buat korang yg datang ye… datang la lagi … akhir syawal kitorang beraya rumah staff² lain pulak…
Nasik ayam yg sedap bangat…
rakus sungguh mereka.. haha
Wajah² mereka yang kekenyangan
Tahlil buat arwah ayah.. Al Fatihah
Tekun kak mass bila ibu cerita perihal aku.. huhu
Kaseh ibu akan ku bawa hingga ke syurga.. i luv u
Kiranya berbalik pada cerita awalan tadi tentang Rumah Terbuka Nasyeed.com yang meriah di penghujung syawal.. kalau korang nak tengok berita aku buat klik kat link bawah tu.. kalo letak kat sini tak sedap plak sbb korang tak abis melayan cerita aku ni.. hehe
Kambing bakar pilihan utk tahun ni.. dua ekor tumbang untuk hidangan tetamu sekalian..
sodap sungguh… ramai kawan lama turut hadir memeriahkan majlis kitorang.. klient jugak sampai bawak family.. persembahan nasyid tak pernah miss setiap kali rumah terbuka dianjurkan kitorang.. apepon layan je la gegambo kat link bawah ni…
Kambeng bakar…
Wildan yang hebat
Big bos borak sakan sama Bro Mahadi
Kekacakkan hak milik setiap jejaka tampan
Pic together gether
Secawan sirap dikongsi bersama..
Hidayah dan Diya
















Giler arh…zul/ijui/andak telah mengreveal chenta hatinya. Tahniah yer…aku tau ko tak sabar nk ikut jejak langkah aku and bali kejinjang pelamin. Jangan gopoh. Slow and steady. Harapnya jodoh kekal hingga kesyurga.
insya Allah… moga korang juga bahagia hingga akhir hayat.. jangan menggelabah masa akad nanti.. haha