01
Selesai
Filed Under (EkspresiDiriku) by andakstudio on 01-07-2010
Bukan malas nak update, tapi bila nak mula menaip mood tu menjauh melarikan diri… Ngee
Alhamdulillah… selesai jugak task yang diberi… masuk hari ke lima baru la aku dapat menulis sedikit sebanyak kekalutan dan kejayaan mempersiapkan tugasan. Aku ni kalau dapat kerja urgent sekaligus ni kena susun bebetul.. kang kalau tak, dok menggelabah sampai tak tau mana nak mula dulu…
Hari Ilmu sudah settle dengan jayanya… nanti aku masukkan gegambonya.. Largest Outdoor Reading Event in Malaysia. Selepas bersusah payah selama sebulan lebih.. akhirnya .. inilah hasilnya.. Bak kata pepatah ” bersusah susah dahulu pendapatan, bersusah kemudian tiada gunanya” haha.. pepatah ni tak bleh diguna pakai dalam keje2 event ni.. dari awal kena bersusah smpai abis event.. baru leh bersenang2..

Akhirnya, design aku melekap di billboard.. kasi tido bawah ni satu malam.. haha














Acara penuh gilang gemilang disaksikan oleh belasan ribu peserta yang turut memeriahkan majlis Hari Ilmu.
Menurut sumber yang aku dapat dari laman web Nasyeed.com menyatakan,
- Hari Ilmu dan Gerakan Membaca Perdana Negeri Selangor 2010 di Taman Tasik Shah Alam telah menempah sejarah dalam kamus hidup rakyat Malaysia apabila berjaya memecah rekod Malaysia sebagai “Largest Outdoor Reading Event in Malaysia”. Program yang dianjurkan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Selangor ini berjaya mengumpul seramai 14718 peserta membaca buku serentak selama satu jam.
Wah ramai tu.. ni kiranya bejaya mengatasi beberapa rekod yang lepas2… Ni kiranya 1st time Tuanku mencemar duli turut serta bersama rakyat ke Pesta Buku yang diadakan serentak dengan acara membaca terbesar di Malaysia. Insya Allah akan datang kita cuba buat lagi yang terbaik. pecahkan rekod dunia lak.. amacam.. haha
Dalam kesibukkan persiapan acara hari ilmu ni.. aku masih dibelenggu dengan satu job multimedia.. kena curik masa gak utk siapkan.. patutnya sebulan awal dah kena hantar ke United Kingdom ni… aku target siap hari Ahad dan hntr pada hari senin.. Alhamdulillah semuanya dapat disiapkan dan client aku berpuas hati.. deal yang baik dan hasil yang baik… kalau sepuluh orang client mcm ni.. dapat la kawin awal.. hahaha
—
Thank to my beloved fiance dan adik2nya sbb sudi turun menjengah Hari Ilmu.. dah macam perjumpaan sekeluarga lak sbb family aku turun bersantai smbil membaca buku…
“Kalau ko nak jadik adik ipar aku cepat tuangkan air”
Haha.. tergelak aku bila Along gertak Hidayah.. yang lain ikut sama… mintak ayor.. kitorang dok reramai atas tikar mengadap tasik.. kalau tetiap minggu berpiknik camni kan best… Ibu siap bawak bermacam jenis buku kiranya bagi support sekali la… ade yg bawak buku latihan wat keje sekolah..
bagus3
Tugasan aku utk memastikan perjalanan pelancaran majlis bersama Tuanku selesai, tu yg dapat lepak2 camni..
Lepas settle semuanya kitorang pi makan kat Restoran Antan Batura bersebelahan tasik untuk bersantap tengahari.. Aku tak makan sbb masih kenyang dok sumbat mknn yang ibu bawak.
Petang tu aku bawak Hidayah n Hawa jugak kawan dia sorang ke KL. beli tiket bas balik ke kampus.. sblm ke KL aku singgah akuarium seksyen2. saje bawak depa melawat… walau aku penah pi beberapa kali.. Kali ni ade orang yang bijak pandai pasal ikan.. seronok dengar dia berceloteh pasal ikan ni.. dari kebiasaan aku kat situ cuma 15 minit.. hampir sejam dok mendengar taklimat tak rasmi dari beliau.. haha Apepon best mendengarnya..
Lepas tempah tiket ke kuantan, aku bawak diorang ke gombak, taman koperasi polis ke rumah adib, adik hidayah yang tak seiras..
aku kat situ tak lama.. lepas makan2, hntar depa balik aku ke shah alam kembali menyettlekan multimedia Rumah Aman. Pejalanan yang terumbang ambing sbb aku ngantuk kalau drive sensorang ni.. nak kena ade teman cepat ni.. hahaha
—
1 Julai 10
Hari ni aku sangat bosan seperti jugak semalam… pc aku masih lagi terkandas.. dok menumpang pc sesapa yang lengang.. argh kena virus lak sejak minggu lepas.. sblm ni aku pakai pc syiera dok buat multimedia.. tak de la terasa sangat.. bila dah takde keje.. baru la rasa bosan tahap gewler babeng.. huh… k lah aku nak pi makan.. lapo nih! lepas tu nak smbg format pc..



ape ni…malu ah citer sume bagai…hahaha…
hahahaa…