07
Kerana Signal
Filed Under (SudutHati) by andakstudio on 07-07-2010
Aku tak paham dengan segelintir masyarakat pemandu jalanan Malaysia ni… makin dipikir makin susah nak dapat jawapan jugak penyelesaiannya. Kalau secara zahirnya kita tengok..
“wah baik sungguh budak ni, sopan santun.. macam ni la pilihan mak mentua”
Kalau dah masuk dalam keta n start bergerak mobilnya…umpama alex yong mengejar juara menjulang piala… tu baru alex yong, bukan watak Michael Schumacher. Aku pun kekadang tak dapat nak menafikan, aku jugak kadang2 macam tu… tp waktu2 terdesak n tersedak je. Bukan acapkali masuk keta dah bertukar identiti pemandu professional secara tiba2… huh

Apa yg aku bengkeknya, tiap kali memandu secara berhemah dan sopan juga memberi signal sebelum masuk laluan lain. Bleh pulak ade yang tak reti bagi laluan, terus selambe dek tekan minyak tak bagi potong. Kalau aku tak bg signal lain la kan…
Kalau kat highway lagi la… bila mula dok sebelah kemain slow lagi.. mau kasi potong bersignal lansung tak bg can … hampeh toll.. Bukan sekali dua.. dah banyak kali jadi laghu ni..
Style aku lak selagi org tu tak bagi signal mmg aku tak bagi can lansung… Kalau bagi secara otomatiknya aku mempersilakan beliau memotong. Orang dah minta laluan secara baik kita bagi je la.. betui tak?
Kalau nak dipikirkan balik.. sendiri pikirla.. aku pun tak tau camner nak selesaikan permasalahan ni… sikap ni kena la buang jauh2 dalam diri kita.. bukan kita sorang je yg bayar cukai jalan.. bukan kita sorang je nak pakai jalan2 tu… berhemah sikit, bertimbangrasa dan mengalahla sikit…
Urps, tapi.. ha ade tapinya…

kalau dah memotong dan tak tunggu barisan tetiba je nak mencelah kekonon bagi signal.. mmg la aku tak bagi… jgn harap nak bagi… ceh tak de moral lansung.. tp kalau dia terlajak jalan mau kasi masuk bersignal.. aku tak kisah nak bagi… k selamat menggunakan jalan raya..


