Busur dan Panah

Filed Under (EkspresiDiriku) by andakstudio on 17-07-2010

Dah lama tak update blog aku ni, huu

Event Mahabbah Gaza dah pun selesai seminggu yang lalu. Cumanya hari ni baru terdetik nak berkongsi cerita sesama korang semua. :D Masa tu, aku selaku Asst. Production Manager memantau flow multimedia yang ditayangkan oleh team multimedia Rabbani. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan sempurna dan syabas buat team multimedia terutamanya kepada Bro Ismail n dua member dibawah seliaannya.

Aku tengok cara Abg Mail dan Bro Rizdan buat kerja penuh dengan ketenangan… tak nampak lansung ketegangan urat saraf kat wajah diorang2 ni… walaupun sehari sebelum dan beberapa jam lagi event nak mula.. ade beberapa multimedia yang perlu diedit dan dikemaskan..  masih tenang dan cool mmbuat keje.. ngedit sana ngedit sini. kalau aku kira dalam susunan file multimedianya dan jugak muzik yang nak dipaparkan ade la lebih kurang 27 file semuanya. Ngaaa (aku pun punya pengalaman yg sama lebih 30 file di Konsert MSM 2010). Tapi, apepon aku dapat belajar sesuatu dari pemerhatian aku sepanjang bersama diorang. Good…

Untuk melihat gambar penuh – layari www.nasyeed.com- KLIK

Selesai kerja aku join pulak aktiviti yang disediakan oleh pihak penganjur keesokkan harinya. FUTSAL.. ceh futsal mende.. maklumat yg aku dapat pun tak lengkap.. tanye dak bali dia pun tak confirm. sekali STREET SOCCER la.. main tengah antara booth. Apepon layankan aje.. kononnya boleh menang sbb hantar pemain2 terpilih yang hebat belaka kecuali aku yg tak berapa hebat. Bebudak yang pernah jadik krew nasyeed.com. Sekali dapat no.4 daa… hadiahnya sekotak ECPI.. hebat.. boleh tahan.. :D

Satu lagi aktiviti yang boleh dikatakan hebat. Memanah! yeah! Adik aku Maman belanja. Kekonon masuk pertandingan… dah la tak penah nak sentuh bendalah busur dan anak panah ni… dapat lima kali percubaan b4 masuk pertandingan. Memula try .. piap! pergh berbekas lengan aku. zass… merah.. tak la sakit mana pun. Pastu aku pakai pad lengan agar tak kena lagi benda yg sama… masyukk… kali pertama memanah agak mengangumkan diri sendiri.. kali kedua ketiga dan keempat seterusnya kelima.. semuanya center di kawasan kuning.. wah sangat hebat!

Tiba pulak pertandingan dengan disertai 14 orang yang berjiwa kental ala2 LEGOLAS… hahaha.. cuak beb!

Sungguh berharap perjalanan tuju anak panah aku ni tepat seperti tadi. Dengan penuh bersemangat aku naikkan pad lengan tu ke siku antara dua pelipat lengan. Zas! hampeh tersasar jauh la pulak anak panahnya… tali getah busur melepek sedap tersangkut kat pad lengan tu.. dua kali kena lengan aku.. merah lagi.. haha tersilap rupanya andaian aku. Untuk seterusnya aku meletakkan balik pad tu kedudukan asalnya. Akhirnya dapat la jugak center kuning. 1 batang je.. huhu sadisss.. well no.6 ditangan aku.. hajat nak nombor 1.. baru 1st time main kan… boleh la dimaafkan.. :D

Tujuan aktiviti ni diadakan – Setiap panah yang dilepaskan diniatkan dan didoakan agar menusuk MATI setiap askar ZIONIS yang kejam laknatullah. Insya Allah.

Dan sekarang, aku teringin nak main lagi BUSUR dan PANAH.

Post a comment



Your Ad Here