Abam Botak Abam Gondol

Filed Under (EkspresiDiriku) by andakstudio on 29-07-2010

Aku tak pernah terpikir sejak dulu lagi untuk mencukur semuanya mahkota kebanggaan manusia yakni rambut. Manakan tidak, kalau digondolkan semuanya aneh kelihatannya. Bulat licin saja kan? Heh dan terbukti hari ni aku sudah botak. Bukan suka² untuk melicinkannya. Ada niat dan hajat yang baik. Usahla aku ceritakan kat sini. Biarlah menjadi simpan untuk aku dan yang mengetahuinya saja.

Weh sat g sambung – mau pi renang jap.. woshhh kecebur….

* * *

Ellemek lupa lak nak smbg.. hee . Skang aku tgh wat layout web. Cadang nak siapkan hari ni jugak sbb aku takde hari sabtu n ahad, bendalah ni nak kena submit senin.. so kena la bertungkus lumus mempersiapkannya.. tp aku nak habiskan cerita ni dulu.. boleh kan? :D

* * *

So… kebotakkanku dicukur hari senin lalu kalau tak salah 26hbJulai2010. heh detail siap tarikh lak. Haha … cadangnya mmg dah lama nak buat, tapi asik tertangguh tangguh sebab tak ready nak tgk wajah aku yang lain dari yang lain sepanjang idup aku ni… kali terakhir botak masa bayi kot.. elok2 baru lepas diberanakkan dengan jayanya.. heh :D . Pencukur yang berjaya adalah org yang sangat disayangi oleh aku adik beradik seramai lapan orang dan cucunya ber rekruit 15 orang.  Ibunda Saniah berseloroh kat aku.. kata beliau.

“ni la 1st time ibu cukur rambut orang, anak especially.. kali terakhir masa ibu sekolah rendah. Masa tu ibu potong rambut untie Nin. Tersilap potong terkena telinga – darah menjejeh keluar. Kendian ibu bisik pada untie Nin.. jgn bgtau pada mak ya”

Boleh pulak untie Nin bgtau pada arwah Opah. Kena la ibu gamaknya…  ntah.. kena rotan kot.. heee…

Lebih dua jam aku rasa acara melicinkan seluruh antero pelusuk helaian rambut aku tu. letih duduk je la… Ibu pakai 3 senjata yang aku beli. Jenama JILET (gillette) kot… lupa lak aku… cuak je masa tu.. camner agaknya rupa aku nanti.. serupa macam gambo yg aku edit ke.. idak ke? :D serupa la jugak… hee

Lepas cukur, aku sentuh kepala, rasa lain macam je… my hair is gone!… haha… tengok cermin mmg sangat lain.. my helmet dah kasi tebas semuanya.. jadi padang jarak padang burung tekukur.. haha . Beberapa jam lepas potong, rambut aku sangat lembut dan sejuk dimamah angin lalu… best.. dan masuk hari kedua, tiga dan empat dah jadik lain.. rasa kesat dan kasar.. walaupun dah sapu minyak zaitun atas sarapan bonda… masih sama.. cumanya nampak berminyak la.. kelumumur yang tertanam bawah rambut jelas kelihatan.. dah pakai shampu pun masih tak ilang.. camner ek nak hilangkan… bagi suci dan bersih kulit kepala aku ni… Harap dapat selesaikan problem ni.. supaya nampak lebih baik dan sihat… :)

Tak lama lagi panjang la balik rambut aku ni… moga lebih menawan dan hitam melekat.. :P

k.. daa

salam…

Comments:

Total 4 Comments posted Abam Botak Abam Gondol

Post a comment



Your Ad Here