Al Fatehah

Filed Under (EkspresiDiriku) by andakstudio on 29-07-2010

Al Fatehah buat Ayahanda Angkatku yang telah kembali ke Rahmatullah pagi tadi jam 5.30pg waktu Malaysia. Usianya sudah meningkat 60thn serasa aku… sakit tua. Tinggal mak dan abg angkat ku sekeluarga di Felda Kemelah Segamat Johor Darul Takzim. Abg Sham call pagi tadi bgtau.

“zul, ayah dah meninggal pagi tadi..sakit tua”

“Innalillahi wainna ilaihirrajiun… ” moga ditempatkan dalam golongan org2 beriman amiinn…”

Perkenalan pada tahun 2006 dalam satu program keluarga angkat anjuran KESATria UiTM Shah Alam.. keterpaksaan aku mengikuti aktvitas ni membawa aku ke pangkuan Allahyarham Hj. Ahmad Salleh Ithnain dan isteri juga anak2nya yang baik hati. Rumahnya yang penuh dengan tanaman2 bunga dan sayur2 terletak antara dua bukit menceritakan keindahan yang mengusik kalbu. :) dah macam kat cameroon highland.. ;) Kecantikan tu datang dari hasil usaha mak dan ayah yang kerjanya selaku pereka bentuk landscape masa kerja kat temasik…

Merekalah keluarga angkatku yang pertama dan tiada duanya dan tiada tiganya. Layanan mesra dari diorang membuatkan aku terkenang selama tiga hari dua malam aku kat sana.walaupun singkat aku rasa macam lama kenal diorang.. :)

Mungkin aku je yang masih berhubung dan bercit cat dgn family angkat kat felda ni.. bebudak lain mungkin dah tak contact aku rasa. Setiap tiba bulan puasa atau bulan2 islam yang istimewa aku akan contact depa ucap selamat dan tanya kabar.. lepas abis aktiviti program keluarga angkat aku pi lagi sekali time raya.. dua tahun lepas… saje singgah dengan gang2 bas sikal sekolah… :D

Insya Allah kalau ade rezeki tahun ni aku jejak kesana lagi cuma berjumpa dgn mak… moga mak sihat ya mak.. saya nak bawak ibu jumpa mak…

Photobucket

dah macam kat cameroon highland… :)

Photobucket

Bersama arwah ayah dan mak angkat

Post a comment



Your Ad Here