Kantoi Pecah Rumah

Filed Under (SudutHati) by andakstudio on 02-08-2010

Photobucket

Sape yang tak bengang bila rumah yang diduduki lebih 20 tahun yang diyakini selamat dicerobohi manusia bangsat! Mengenangkan ibu dok sensorang kat rumah .. terasa sangat risau… kekadang aku balik rumah lewat sbb kerja² yang memerlukan aku stay kat opis.

Meh aku ceritakan sikit rentetan dan sedutan yang paling takbest dalam sejarah hidup family aku ni…

Minggu lepas Malam Jumaat, seusai baca yassin n solat isya’ dan siap bersantap malam..  aku digesa balik oleh ude.

***

29 Julai

“andak, balik rumah.. akak sensorang kat rumah ni.. risau”

Tak lama kendian ibu bagi sms.. “zul balik cepat!” . Pelik aku bila dpt sms lagu ni… cam ade benda nak jadik je.. Aku call tanye ape benda jadik? Ude bgtau rumah bersepah ade orang masuk… tergesa aku pulang.

Aku call along masa ondaway balik… Leh lak dia ckp nada marah2.. lek ler.. aku tak tau pape… Dalam kapala hutak aku ni terbayang kejadian TOYOL yg pernah rembat duit aku n ibu… pejam mata je dah smpai rumah… Along, Abg Long, Ude tercegat kat depan rumah.. Rupanya bukan pagar kena umpil ke ape ke? Dinding bilik Ude kena pecah..pandai dia bukak dinding satu².. kendian pecahkan papan playwood kat bahagian dalam… meja yang sarat dengan buku2 yang berat seakan senang je dia tolak… Dengan bilik ibu berselerak kena kembor, kitorang agak dalam RM800 hilang… itupun lepas call ibu.

Photobucket

:Gambo Lama: Dinding ni la dia umpil.. Mujur leh tampal balik…

Untung ade line Digi dapat carik nombor telepon Rakan COP Klang… Lepas call dalam 20minit, Kereta peronda dengan lampu birunya menjengah laman rumah. Diorang sekadar tinjau2 je bilik2 yg kena pecah masuk… lepas hambik report, diorang suruh tunggu pegawai penyiasat dtg… dah la jam pukul doblas malam.. nak kena tunggu lagi… Along awal2 dah balik… tinggal aku dgn ude je.. Javad (anak along) pun ade tunggu kejap tp Along suruh balik.

Dinding bilik kena pecah… kat luar tak nampak sbb gelap

Ingatkan tak dtg, aku siap tolak balik meja utk tutup lubang yg rompong tu… hampir jam dua baru diorang smpai… ceh.. very slow la encik… lepas tunjuk2 barang yang kena punggah… siap kengkonon carik cap jari.. diorang blah lepas sign borang report…

Dalam kepala otak aku ni dah target suspek2 jenayah ni… tanak la aku bgtau sape… Ade la jiran2 sekeliling yang terlibat dadah ni.. kawasan aku ni kiranya BLACK AREA la… Sebelum ni penuh mat dadah kat belakang rumah, rumah tinggal yang dah tak diambik peduli tuan rumah.. satu lagi dekat dengan sekolah belakang rumah.. Tak kira waktu.. penuh dengan pengedarnya.. pembelinya… takut seh kalau diorang menyergah ke rumah.. dah la Ibu dok sorang waktu siang… huhu.. lepas rumah sebelah sekolah tu kena roboh, dah takde kegiatan tu.. Alhamdulillah…

Suspek yg aku target rupanya dah gelisah… sbb polis smpai bukan takat sekali.. dua kali itu malam… dia tak tido malam.. Adik dia dah gertak soh carik budak yg buat hal.. kang tak pasal kena rodok ngan pisau..

Berbalik kes tadi..

30 Julai

Pagi jumaat ni aku dah pakat tak g keje… nak kena ambik salinan report kat balai polis klang.  Malam jumaat tu pun patutnya aku kena siapkan keje ingat tanak balik rumah .. dah jadik kes ni.. so job tu kena sambung hari senin depan…

Lepas settle ambik report kitorang balik.. sbb nak kena pi solat jumaat. Petang tu kena gerak balik kampung.. cam malas je nak balik.. kang kalau jadik balik bendalah semalam tu camner.. huhuhu.. beberapa minit sblm maghrib kitorang gerak ke KKB.. gerak sblm maghrib supaya dpt Jamak kata ude..

1 Ogos

Sepanjang kat kampung aku tak pikir pasal rumah pun… sbb yakin dengan rondaan polis yg kitorang mintak tempohari masa ambik report tu.. Siap singgah kenduri kawin jiran kat SUK Shah Alam sebelum balik rumah. Aku cadang nak ke KL pi kenduri member.. last2 tak jadik.. sbbnya…

Esok sambung, nak balik rumah dulu… cau

***

3 Ogos

Sambung balik..

aduih penat.. baru je lepas hantar Penagih tegar pi bersunyian berspiritual berubat sepanjang Ramadhan ni  untuk mengubah dirinya ke arah lebih baik… Insya Allah… harapnya kembalinya beliau dgn keadaan seperti manusia normal yang Soleh yang taat pada Allah, Maknya dan keluarganya.. Alfian, penagih ni jugak la yang membantu bagi maklumat untuk aku tangkap dalang pecah rumah aku tempohari, umur 35 tahun bercucu dah pun, aku panggil dia abg je…

Takut orang tuduh dia.. Pian pakat carik keliling kampung baru jumpa.. budak dadah umur 23 tahun punya kerja… Sebab apa aku bantu Pian ni pi berubat? nanti aku cerita kemudian..

Berkenaan aku tak dapat ke KL tempohari…

Petang Ahad tu lepas balik kenduri kawin, Pian bgtau sama ibu… yang mana, dia dah tau sape punya dajal. Bersungguh dengan bukti yang dia jumpa. Mmg sah barang curi tu ibu punya. Cincin dua bentuk je yang dipulangkan balik.. lagi sebutir dah dicampak ke semak sbb bilamana dia pajak gadai tak laku… Katanya bukan emas betul mmg la, dah nama barang zhulian.. mujur..

1 Ogos

Bali call aku katanya dah nak sampai rumah, aku tunggu je dia datang pakat nak ke KL. Petang tu pian mintak aku bawak budak tu ke rumah ibu, ibu jugak setuju sbb biar settle hari ni jugak, mengenangkan hal tu aku tak ke KL.. Ibu nak tau gak sape orangnya. Aku pun nak pecahkan kepala dak tu.. hahahaha

Malam kejadian pian tak boleh tido malam. berdasarkan maklumat yang aku dengar dari mulut dia sendiri katanya pagi jumaat tu dia melilau carik budak yang buat dajal siap berpisau berantai nak belasah budak tu. Puas dia carik, tanya sana tanya sini… last2 dapat tau dari mulut member katanya ada budak dadah tengah mewah baru lepas projek. Bila dia tanya dak tu tak ngaku, Pian guna reverse psychology. Untuk bagi budak tu ngaku tanpa dipukul atau dibelasah teruk dia slow talk dak tu.

“Ade dua saksi nampak ko buat keje, ko tau belakang sekolah tu kan? ade satu rumah besar dua tingkat cermin gelap. Itu rumah ade sorang nampak. Satu lagi rumah tengah renovate depan rumah aku tu kan.. Kontraktor tu nampak… Bagi barang tu kat aku balik.. Aku bagi masa dua jam.. lepas jumaat aku dtg ambik itu barang, kau jgn risau.. ko gerenti ‘selamat’… “

Bila kena main cara ni, budak tu gelabah. dari air muka beliau kata Pian kiranya dah kantoi la.. dia ngaku masuk rumah aku. Dia rembat tiga bentuk cincin tapi pulang dua.. duit RM 400. Bila tunjuk barang tu pada ibu, mmg sah ibu punya.. Duit konfirm hangus… Hampeh tul!

Mula aku ajak bali ikut, tp dia tak mau.. katanya boleh percaya ke dak Pian n Tapa tu? Mmg la aku tak percaya.. konfirm2 la kan.. diorang tu pun sama.. tp ikut hati boleh la percaya buat kali ni… ibu pun ade mintak bawak budak tu ngadap. Tapa ni adik Pian, dia la gertak pian suruh carik kalau tak mmg kena belasah la si pian ni…

“sampai bila nak jadik pak sanggup ngaku taik orang yang suka berak kat tempat kita! Tak pasal² kena!”

Menurut kata Pian, walaupun dia jahat… tapi tak pernah dia buat kerja kat tmpt dia berlindung, tempat dia makan tidur, sekitar rumah jiran²… Dah banyak kali modes operandi yg sama macam kes pecah rumah aku tu… bukan dia yang buat.. tp budak yang sama yang dia kantoikan tu. Tp jiran tuduh dia buat, so sape tak stress.. kang kena sumbat lagi… sbb tu dia tak dapat tidur sampai la aku n ibu balik ke rumah dari kampung… Menggigil dia malam tu bila polis masuk ke rumah aku… Bila dia bgtau Javad dah jumpa suspek, tak dilayannya sbb dak tu tak percaya sama Pian. Menunggulah pian dari hari jumaat sampai petang Ahad.

Aku n Tapa pi ke rumah suspek naik JKS adik aku… sesampai ke rumah tu Tapa dengan gaya ala² polis kononya tunjuk kad tarik budak tu keluar bawak masuk JKS tuju ke rumah aku…Sepanjang perjalanan tu aku tak banyak cakap sesekali  maki jadi halwa telinga dia…

“Nak bawak mana budak tu! Apa bukti dia buat!” Bapak sedara dia dengan muka pelik blur dgn situasi tu.

“Dia dah ngaku, dah ade bukti!”

Tapa dengan takde perasaan tarik seluar dak tu tanpa berbaju. Terangkat² budak tu dibuatnya. Sampai je rumah Tapa humban masuk ke dalam pagar rumah aku. Menggigil aku dibuatnya mau ku tampar hentak je kepala dak tu.. tp mengenangkan ibu kat situ, n bapak sedara dia dgn macam mana bleh smpai rumah aku… merayu²… merayu²… merayu²…

“Betul ke dia buat… yeke… ade ke buktinya… salah orang ni kot”

“Betul! ade buktinya! cincin mak saya jadik bukti!”

“Lepaskan la dia.. brape dia ambik.. saya bayar balik.. lepaskanlah”

Aku ni bila orang dok merayu².. sayu gak hati ni… tp aku tetapkan hati.. tak tau la ibu mcm mana…

Aku mmg nak sumbat je dak ni dalam penjara… mana tahan beb.. ibu dah la tinggal sorang.. jadik lagi bendalah ni takut seh. Ibu siap bagi nasihat, Ude bg celotehnya. Aku dengan menahan panas hatinya… Cool bro.. kalau tak gua dah letup kepala ini budak!

“Bang maafkan saya… kak maafkan saya.. tak buat lagi”

Bila budak ni dok merayu mmg aku tak pandang lansung.. sebelah mata lagi la tak tercuit hati ni nak maafkan.. bila bapak sedara yang dia dah anggap bapak merayu.. sentimental bro… Ibu lagi la kesian bila kata nenek dia yang tgh uzur terpengsan² bila cucunya dibawak pergi secara kasar.

“Tunggu polis datang kita settle kemudian”

“jangan bang.. tolong bang.. tolong kak”

Photobucket

Kalau berlaku lagi kes ni… budak ni korang carik tau..

Ade la video yg aku shoot.. sikit je.. malas nak shoot abis..Lepas bincang cincang²… ibu bagi keputusan dan syarat pada bapak sedara dak tu…

“Depan polis ni, dengan nama Allah pulangkan balik wang rm800 yang dicuri tu… kami lepaskan budak ni”

Bapak sedara dia setuju.. ibu ringankan beban dia dengan bayar bulan².. Lepas ni kalau ade kes lagi kat kampung ni… polis carik budak Asan ni… Asan budak 23 tahun bekas pelajar sekolah aku dulu.. tak habis sekolah.. apa nak jadi dengan anak bangsa melayu.. paling ramai dalam Malaysia ni melayulah bangsanya… Nauzubillah… kalau jadi lagi kes ni.. korang carik dak ni… duduk kat simpang 4. Kali seterusnya dia buat mmg takde can dah.. kasi pukul sumbat dalam lokap.. settle.

Pian.. lepas polis blah, dia datang tanya ibu kenapa lepaskan dak Asan tu. Punyalah dia susah payah nak bersihkan nama dari jenayah kampung ni… Tp ibu kata itulah hikmahnya.. buat kitorang dan diri dia sendiri… Dari situ mula la dia cerita kisah dia dah 4 tahun cuba berubah.. tp sekeliling dia tak bagi berbuat demikian.. bila dia cuba buat baik sikit, family pandang enteng.. merendah²kan dia… bila barang hilang terus tuju pada dia.. tanpa soal selidik.. padahal salah tempat. Bila dengar cerita dia tu, aku cakap

“budak tu ibu, kalau kita lepaskan dia pun tak guna.. budak dadah sekali lepas confirm buat lagi”

Tak sedar lak aku Pian ni penagih, tersentap dia kejap.. Tapa dah keluar rumah konon² pening kepala sbb darah tinggi… Lantak pi la… tp aku bgtau Pian, ade satu tempat utk dia berehat berubat tp dengan syarat dia hendak kesitu la..

3 Ogos

Malam tadi ibu call suruh bawak Pian ke tempat tu pagi ni…Katanya dia setuju sbb nawaitunya dah lama dipendamkan tinggal untuk direalisasikan je..  Abg aku pun dah setuju nak bawak. So pagi tadi aku bersiap nak pi kerja sesambil menunggu Pian untuk dibawak pergi.. Pergh tiga beg sekali termasuk barang ibu bagi; sejadah, bantal n selimut n bermacam lagi…

Family dia tanya kemana halatuju aku membawak dia… ke pusat serenti ke? ke penjara ke? Tidak tuan puan.. tidak.. bukan kesana destinasinya.. Aku n abg bawak Pian ke satu daerah paling sunyi dari hiruk pikuk keduniaan. Biarlah dia biarlah dia bersunyi buat seketika… bersemanyam mencari identiti hidup yang sekian lama 25 tahun bergelumang dadah dalam tubuhnya. Satu kawasan yang telah melahirkan kembali biawak hidup yang pernah meliar ketika sebelumnya berjumpa daerah ini kepada seorang insan bertaqwa kepada Allah S.W.T. Sejujurnya lebih baik diorang selepas pemulihan dari aku yang normal ni. Biarlah dia kembali mengenal Maha Pencipta dan mengenal diri dia sendiri.

Percayalah pada kami yang hanya mahu membantu dia. Insya Allah Pian akan kembali ke pangkuan korang sekeluarga dengan keadaan yang baik dan boleh berdikari mengenal hidup yang lebih baik dan sempurna di mata kita. Dan Aku akan cuba percaya yang korang juga mau membantu Pian.

“Maafkan sy kalau menyusahkan zul, waie…”

“Takpe abg Pian.. kita dah macam sedara. bukan sehari dua kenal.. sejak abg Pian lahir ibu dah kenal”

Aku harap dia akan ikut apa yang dia niatkan yakni mau berubah dan berubah.. kita doakan bersama.. Insya Allah. Pasal budak yang dilepaskan biarlah dia berusaha mengubah diri dia sendiri… Janji tu akan aku pastikan dikota… kalau terjadi lagi perkara yang sama, lokap jadi penjara dunia hidupnya.

Sekian.

***

Giler dowh .. dah macam novel.. hahaha

Comments:

Total 10 Comments posted Kantoi Pecah Rumah

Post a comment



Your Ad Here