Bahaya Merokok

Filed Under (EkspresiDiriku) by andakstudio on 20-08-2010

Kawan, mari hayati pesanan dari seorang tokoh ‘Ulama’ , guru, tokoh pembangun pemikiran umat Islam di Nusantara ni; TOK KENALI atau nama sebenarnya Muhammad Yusuf bin Ahmad.

Di sini dibentangkan sebuah syair yang pernah dikeluarkan oleh Tok Kenali iaitu:

Bahaya Merokok:

Perokok itu terhina, dungu, membazir dan keji, kerendahan bagi penagihnya, pasti, Darinya menguap kentut yang busuk dan diluati. Kepulan asap dari bibirnya mengasapi muka dana peribadi.

Maksud kata² beliau mengikut apa yg aku faham –

Perokok itu terhina, dungu.

Sebab apa terhina dan dungu atau dengan kata lain bebal. Perokok ni mementingkan diri sendiri tak ingat tentang orang sekeliling, tentang alam sekitar. Dah la asap rokok tu terkandung banyak nikotin dan bermacam benda2 pelik yang merosakkan kesihatan. Dihembusnya kesana kesini.. Tak dipandangnya kalau-kalau ade budak kecik keliling dia.. ibu mengandung lalu lalang depan dia.. kan ke bahaya utk kesihatan diorang..

* * *

Membazir dan keji, kerendahan bagi penagihnya

Kan ke rokok sekarang ni dah naik harga.. so buat ape nak membazir nak beli tetiap hari. Kadang² aku tgk sampai 3-4 kotak sehari.. Apekejadahnya!.. hina siot.. bila iklan² kat kotak rokok tu paparkan imej² kesan akibat merokok.. endah tak endah je diorang.. Cuba la insaf sikit..

Rendah sungguh pemikiran perokok.. diorang tak sedar ke rokok ni boleh menyebabkan kanser, masalah pernafasan, ketagihan melampau, stroke, kecacatan.. dan bermacam lagi masalah yang akan timbul.. lu pikir la sendiri..

* * *

Darinya menguap kentut yang busuk dan diluati.

Korang cuba duduk dekat² dengan perokok.. hidu puas² bau mulut diorang .. tak ke busuk.. menyebabkan ramai yang meluat… Aku tak pandai nak bagi nasihat pada orang² tua ni.. pada bebudak boleh la.. :) bagi aku yang tua² ni dah faham sangat pasal isap rokok ni… kesan dan masalah yang akan timbul akibat merokok..

* * *

Kepulan asap dari bibirnya mengasapi muka dana peribadi.

Mendalam sungguh ayat beliau ni.. haha mungkin apa yang dimaksudkan, ianya menggambarkan peribadi seseorang . orang yang tak faham bahasa.. walaupun dah bgtau kesan merokok dia masih lagi merokok.. Dari segi hukum agama .. sila klik disini untuk maklumat lanjut

* * *

Info dari www.zaharuddin.net

Justeru, pada hemat dan kajian saya, hukum yang lebih tepat adalah Haram merokok kerana mudarat yang pelbagai dari sudut kesihatan tubuh sendiri, orang lain, dan baunya yang mengganggu orang lain. Malah kaedah Islam menyebut : “Ad-Darar Yudfa’ Bi Qadaril Imkan” ; ertinya : “Kemudaratan hendaklah ditolak sedaya upaya dan kemampuan” (Al- Madkhal Al-Fiqhil ‘Am, Syeikh Mustafa Az-Zarqa, 2/992)


Untuk lebih lanjut tentang kesan merokok klik sini – KLIK

YouTube Preview Image

YouTube Preview Image

YouTube Preview Image

YouTube Preview Image

YouTube Preview Image

YouTube Preview Image

YouTube Preview Image

Ok tak apa yg aku jelaskan pasal syair tok kenali tu.. tu apa yang aku faham… tapi maksudnya jelas kat situ betapa bahayanya merokok… ok selamat berpuasa.. ;)

Comments:

Total 3 Comments posted Bahaya Merokok

Post a comment



Your Ad Here