28
TuahJebat
Filed Under (EkspresiDiriku) by andakstudio on 28-08-2010
Godek punya godek youtube jumpa pulak cerita epik zaman kesultanan melayu melaka. Kagum aku dengan lakonan mantap Allahyarham Nordin Ahmad.
Hang Jebat dikatakan derhaka kepada sultan kerna mempertahankan saudaranya Hang Tuah. Tindakan sultan ketika itu tak mengambil usul periksa menghukum Tuah. Usahlah aku cerita panjang kerna korang semua dah tau sejarahnya.. dan aku lebih berminat dan suka pada Hang Jebat dari Laksamana yang lurus bendul tu.. Bukan suka sbb derhakanya tapi pembelaannya dan kasih sayangnya pada saudaranya yang difitnah orang besar melaka.





